Thursday, February 28, 2013

Forex Psychology


FOREX PSYCHYOLOGY?

Dunia Forex diwarnai dengan kehadiran ramai cerdik pandai yang terdiri dari Bankers,Fund managers, pelabur yang mempunyai wang yang banyak juga tidak kurang amatur yang ingin mengambil peluang dalam industri yang bernilai USD4 Trillion ini.
Proffesional dan amatur trader menggunakan News Fundamental untuk dijadikan asas analisis dan melakukan trading dengan protocol atau teknikal analisis seadanya.
Dalam kebanyakan kajian yang dibuat trader yang berpengalaman dilihat berada di pihak yang sentiasa membuat keuntungan sementara trader baru atau newbie yang masih belum tahu erti dunia forex sebenar sering manjadi mangsa dan kehilangan modal yang banyak dan menjadi budak belasahan broker dalam games yang dimainkan oleh trader yang lebih berpengalaman .
Forex trader yang sering tewas sebenarnya patut mengenal diri mereka sendiri terlebih dahulu sejauh mana tahap pemahaman Forex mereka ,ditahap mana “fear” & “greed”  terkawal yang ada dalam  diri mereka supaya dapat mengatasi  “ Forex Psychology “ itu .
Mengikut membabi buta antara kelemahan ketara kepada Forex Trader , seolah –olah  “Fear” tidak ujud dalam diri mereka  sekiranya mendapat tips dari rakan-rakan atau dari mana-mana sumber atau melihat pergerakan di chart dengan serta merta ingin menjadi orang pertama mengambil posisi  “BUY” atau “SELL”  mereka sebenarnya lebih takut akan kehilangan peluang mendapat profit daripada risiko yang bakal ditanggung.
Kita akui sebenar-benarnya mengikut trend adalah keutamaan tetapi adakah satu  kemestian kita adalah orang pertama membuat pertaruhan..
Menilai satu-satu breaking news itu memerlukan analisa secara menyeluruh samada satu-satu news itu memberi impact kepada trend semasa atau sebaliknya kadang-kadang akan berlaku dimana  False Alarm berlaku dan anda akhirnya  berada dipehak yang tertewas. Adalah menjadi tugas terpenting bagi seorang trader membuat analisa terperinci sebelum melakukan trade dan mengurangkan “gatal tangan” untuk melakukan satu-satu trade
Tamak atau “Greed”  antara musuh utama  kepada diri sendiri , membuat keutungan  tahunan 40-80% yang konsisten adalah begitu tinggi jika dibandingkan simpanan tetap di bank 2-6% setahun atau simpanan di ASB  10-12% setahun   tetapi kebanyakan trader angka ini belum cukup mengujakan mereka dan mereka mahukan lebih lagi  dan akan memerangkapkan trader membuat “taruhan” besar yang akhirnya trader akan tertewas…
Sebagai trader target yang realistik itu sangat penting , target dari 40-100 pips sehari  itu adalah wajar dan tumpukan semasa waktu-waktu puncak yang mempunyai cukup Volume untuk kita lakukan trade , selepas mendapat target harian sanggupkah trader berhenti untuk hari itu ? di sinilah disiplin diri perlu dipraktikkan
Perlu diingatkan Forex trading bukanlah “ Perkara Senang”  yang orang lain boleh buat anda pun boleh buat , ianya sangat complex dan banyak faktor yang mendorong pergerakan harga harian , kenyataannya lebih ramai Forex trader tewas dalam pasaran Forex…anda sebenarnya  tidak berapa pasti apakah posisi anda menguntungkan hanya sekadar melihat trend , analisa dan perhatian serious diperlukan dan menghindari negative forex psychology menghantui anda …cari sebanyak mungkin informasi currency yang anda trade dan trend semasa  dan “be at the right time and the right position”  ….
Fikirkan risiko yang anda perlu tanggung dahulu daripada keuntungan yang anda akan dapat…PROTECT FIRST PROFIT LATER  adalah perkara yang anda perlu praktifkan jika mahu bertahan lama dalam industri ini…

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Daftar Kelas



































Nama:




No.h/p anda




Email Address:




Tahap kefahaman forex anda

0-10%

11-30%

31-50%



Kelas yang ingin diikuti

BASIC 4JAM( Sabtu Minggu Akhir setiap bulan 2-6 Ptg) ( FREE)

GtwoFX Full Package advance (ONLINE) RM250

Full Package GtwoFX advance ( RM250)

2 Days Personal Coaching (RM550)








Put a website form like this on your site.