FOREX PSYCHYOLOGY?
Dunia Forex diwarnai dengan kehadiran ramai
cerdik pandai yang terdiri dari Bankers,Fund managers, pelabur yang mempunyai
wang yang banyak juga tidak kurang amatur yang ingin mengambil peluang dalam
industri yang bernilai USD4 Trillion ini. Proffesional dan amatur trader menggunakan News Fundamental untuk dijadikan asas analisis dan melakukan trading dengan protocol atau teknikal analisis seadanya.
Dalam kebanyakan kajian yang dibuat trader
yang berpengalaman dilihat berada di pihak yang sentiasa membuat keuntungan
sementara trader baru atau newbie yang masih belum tahu erti dunia forex
sebenar sering manjadi mangsa dan kehilangan modal yang banyak dan menjadi
budak belasahan broker dalam games yang dimainkan oleh trader yang lebih
berpengalaman .
Forex trader yang sering tewas
sebenarnya patut mengenal diri mereka sendiri terlebih dahulu sejauh mana tahap
pemahaman Forex mereka ,ditahap mana “fear” & “greed” terkawal yang ada dalam diri mereka supaya dapat mengatasi “ Forex Psychology “ itu .
Mengikut membabi buta antara kelemahan
ketara kepada Forex Trader , seolah –olah
“Fear” tidak ujud dalam diri mereka
sekiranya mendapat tips dari rakan-rakan atau dari mana-mana sumber atau
melihat pergerakan di chart dengan serta merta ingin menjadi orang pertama
mengambil posisi “BUY” atau “SELL” mereka sebenarnya lebih takut akan kehilangan
peluang mendapat profit daripada risiko yang bakal ditanggung.
Kita akui sebenar-benarnya mengikut
trend adalah keutamaan tetapi adakah satu
kemestian kita adalah orang pertama membuat pertaruhan..
Menilai satu-satu breaking news itu
memerlukan analisa secara menyeluruh samada satu-satu news itu memberi impact
kepada trend semasa atau sebaliknya kadang-kadang akan berlaku dimana False Alarm berlaku dan anda akhirnya berada dipehak yang tertewas. Adalah menjadi
tugas terpenting bagi seorang trader membuat analisa terperinci sebelum
melakukan trade dan mengurangkan “gatal tangan” untuk melakukan satu-satu trade
Tamak atau “Greed” antara musuh utama kepada diri sendiri , membuat keutungan tahunan 40-80% yang konsisten adalah begitu
tinggi jika dibandingkan simpanan tetap di bank 2-6% setahun atau simpanan di
ASB 10-12% setahun tetapi kebanyakan trader angka ini belum
cukup mengujakan mereka dan mereka mahukan lebih lagi dan akan memerangkapkan trader membuat “taruhan”
besar yang akhirnya trader akan tertewas…
Sebagai trader target yang realistik itu
sangat penting , target dari 40-100 pips sehari itu adalah wajar dan tumpukan semasa
waktu-waktu puncak yang mempunyai cukup Volume untuk kita lakukan trade ,
selepas mendapat target harian sanggupkah trader berhenti untuk hari itu ? di sinilah
disiplin diri perlu dipraktikkan
Perlu diingatkan Forex trading bukanlah “
Perkara Senang” yang orang lain boleh
buat anda pun boleh buat , ianya sangat complex dan banyak faktor yang
mendorong pergerakan harga harian , kenyataannya lebih ramai Forex trader tewas
dalam pasaran Forex…anda sebenarnya tidak
berapa pasti apakah posisi anda menguntungkan hanya sekadar melihat trend ,
analisa dan perhatian serious diperlukan dan menghindari negative forex psychology
menghantui anda …cari sebanyak mungkin informasi currency yang anda trade dan
trend semasa dan “be at the right time
and the right position” ….
Fikirkan risiko yang anda perlu tanggung
dahulu daripada keuntungan yang anda akan dapat…PROTECT FIRST PROFIT LATER adalah perkara yang anda perlu praktifkan
jika mahu bertahan lama dalam industri ini…