semoga Blog ini dapat memberi sedikit kebaikan kepada mereka yang membacanya...Pernah mendengar INTERMARKET ANALYSIS ?
satu cabang dari Fundamental analysis , melihat keseluruhan pergerakan market Bond, Komoditi, Stock dan currency kerana pergerakan kesemua pasaran ini mempunyai kaitan antara satu sama lain .Kepada rakan-rakan dan sahabat Forex di mana jua anda berada, saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi bagaimana saya memandang pergerakan FOREX market dari pandangan Fundamental atau lebih tepat lagi dari sudut Intermarket Correlation.salah satu cabang dari sudut Fundamental . mencari Logic dan Mathematics dalam pergerakan market dan InsyaAllah pemahaman saya terhadap pergerakan market lebih jitu.
Pergerakan Forex Market juga tidak terkecuali dari dipengaruhi oleh pasaran saham,Bond dan komoditi . "Panic Selling" di wall street akan triger sell di currency market. melihat bagaimana pergerakan crude mempengaruhi pergerakan YEN dan bagaimana mengenal pasti Risk appetite dan risk aversion melalui pergerakan YEN dan Dollar .
Selama lebih 8 tahun saya meneliti pergerakan intermarket secara manual iaitu meneliti pergerakan CRUDE,Stock,Bond untuk memasuki pasaran Currency melalui chart,
Saya cuba sedaya upaya saya mengupas dan menganalisa market mengikut sudut pemahaman saya , dan saya yakin dan percaya ada dikalangan saudara yang lebih hebat pemahaman Forex dari saya ...sama-samalah kita berkongsi ruang siber ini untuk kebaikan semua trader.
Subjek intermarket ini amat berguna untuk trader yang mahu melangkah lebih jauh dalam FOREX kerana dapat memahami dan mencari sebab kenapa pergerakan setiap currency berlaku , Bila pergerakan besar berlaku, berapa angaran pergerakan sesuatu currency, bila akan berlaku market "consolidation" dan yang paling penting dalam dunia FOREX adalah mengenal pasti "RISKS" samada berlaku Risk appetite atau Risk Aversion dalam Market.
4 perkara penting yang mesti di fahami oleh trader
- Pemahaman Fundamental -- anda tak perlu menjadi ahli ekonomi untuk menguasainya cukup sekadar memahami basic concept FOREX Fundamental.
- Aspek Teknikal -- Pelajari teknikal dan kuasai dengan baik, tetapi not too teknikal sangat.
- Intermarket -- Kaitan antara 4 cabang Financial Market , BOND,STOCK,COMMODITY dan CURRENCY... memahami konsepnya dengan baik menjadikan anda trader yang sentiasa berada dalam keadaan tahu apa yang sedang berlaku .
- Psychology Trading -- Bab yang ramai yang kantoi , MM, Fear & Greed.
Tidak sama sekali jika berlaku keadaan-keadaan ini.
Bank or Government Intervention
News yang membabitkan currency tertentu.
Dan setiasa ingat rule of FOREX
" Tiada yang pasti dalam FOREX"
Market is Older and Smarter than YOU..
Semoga Allah memberkati usaha murni kita bersama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.