Berapa kerap anda MC ? 2,3 atau bila depo je MC , itulah trader, tak pernah serik dan tak pernah ingat dekat situ ada "jerat". Broker memasang perangkap Laverage ,welcome bonus tahukah anda semain besar laverage yang anda guna semakin cepat anda MC, USA forex regulator Commodity Futures Trading Commission (CFTC) membuat peraturan hanya laverage 1/100 sahaja dibenarkan digunakan oleh semua broker yang berdaftar di US malahan ada cadangan untuk menurunkan laverage 1/25 kenapa laverage yang rendah mengurangkan kadar MC ? . Laverage yang tinggi mengaburi mata anda tentang penggunaan money management yang baik kerana sering ditipu oleh penggunaan margin yang sedikit kerana sebahagian besar modal anda dibiayai oleh broker , ketahuilah jika anda membuat transaksi 1 minilot ( usd1 per pip) anda sebenarnya membuat transaksi kontrak sebesar usd10,000.
contoh transaksi 1 Minilot USD10,000
Laverage 1:1 = USD 13,000 ( mengambil average pada harga semasa )
Laverage 1:100 = USD 130.00
Laverage 1:1000 = USD 13.00
Contoh trader A : dengan Modal USD100 penggunaan laverage 1/100
jika penggunaan equity menjadi ukuran penggunaan MM trader A hanya mampu menggunakan
lot size 1 ( 1 Pips 1 Dollar) pada setiap entry dan sekiranya tanpa stop loss dan market tidak menyebelahi trader A dalam perkiraan +- 100 Pips atau kurang akaun ini akan MC, itu sekiranya mengikut strict MM rule tapi realitinya trader hanya melihat pada penggunaan equity yang rendah membolehkan ia memasuki trade lebih besar..
Contoh Trader B: dengan Modal USD100 penggunaan laverage 1/1000
Trader B melihat penggunaan equity yang kecil membolehkan beliau untuk membuat entry yang lebih besar sekirannya perasaan tamak menguasai trade beliau mungkin trader B akan memasuki pasaran dengan 5 mini lot kerana baru menggunakan 50% equity...betul jika price menyebelahi beliau setiap pergerakan 1 pips trader B untung USD5 tetapi jika keuntungan besar difikir melebihi risk yang perlu ditanggung market hanya memerlukan kurang dari 20 pips untuk mengambil nyawa akaun trader B
Contoh Trader C : Trade dengan laverage 1:1
Trader C kena mengeluarkan sekurang-kurangnya USD13000 untuk mengambil 1 Mini lot dan sebanyak 13000 pips reversal menentang pergerakan trade C untuk akaun ini MC.....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.