Thursday, February 28, 2013

Forex Psychology


FOREX PSYCHYOLOGY?

Dunia Forex diwarnai dengan kehadiran ramai cerdik pandai yang terdiri dari Bankers,Fund managers, pelabur yang mempunyai wang yang banyak juga tidak kurang amatur yang ingin mengambil peluang dalam industri yang bernilai USD4 Trillion ini.
Proffesional dan amatur trader menggunakan News Fundamental untuk dijadikan asas analisis dan melakukan trading dengan protocol atau teknikal analisis seadanya.
Dalam kebanyakan kajian yang dibuat trader yang berpengalaman dilihat berada di pihak yang sentiasa membuat keuntungan sementara trader baru atau newbie yang masih belum tahu erti dunia forex sebenar sering manjadi mangsa dan kehilangan modal yang banyak dan menjadi budak belasahan broker dalam games yang dimainkan oleh trader yang lebih berpengalaman .
Forex trader yang sering tewas sebenarnya patut mengenal diri mereka sendiri terlebih dahulu sejauh mana tahap pemahaman Forex mereka ,ditahap mana “fear” & “greed”  terkawal yang ada dalam  diri mereka supaya dapat mengatasi  “ Forex Psychology “ itu .
Mengikut membabi buta antara kelemahan ketara kepada Forex Trader , seolah –olah  “Fear” tidak ujud dalam diri mereka  sekiranya mendapat tips dari rakan-rakan atau dari mana-mana sumber atau melihat pergerakan di chart dengan serta merta ingin menjadi orang pertama mengambil posisi  “BUY” atau “SELL”  mereka sebenarnya lebih takut akan kehilangan peluang mendapat profit daripada risiko yang bakal ditanggung.
Kita akui sebenar-benarnya mengikut trend adalah keutamaan tetapi adakah satu  kemestian kita adalah orang pertama membuat pertaruhan..
Menilai satu-satu breaking news itu memerlukan analisa secara menyeluruh samada satu-satu news itu memberi impact kepada trend semasa atau sebaliknya kadang-kadang akan berlaku dimana  False Alarm berlaku dan anda akhirnya  berada dipehak yang tertewas. Adalah menjadi tugas terpenting bagi seorang trader membuat analisa terperinci sebelum melakukan trade dan mengurangkan “gatal tangan” untuk melakukan satu-satu trade
Tamak atau “Greed”  antara musuh utama  kepada diri sendiri , membuat keutungan  tahunan 40-80% yang konsisten adalah begitu tinggi jika dibandingkan simpanan tetap di bank 2-6% setahun atau simpanan di ASB  10-12% setahun   tetapi kebanyakan trader angka ini belum cukup mengujakan mereka dan mereka mahukan lebih lagi  dan akan memerangkapkan trader membuat “taruhan” besar yang akhirnya trader akan tertewas…
Sebagai trader target yang realistik itu sangat penting , target dari 40-100 pips sehari  itu adalah wajar dan tumpukan semasa waktu-waktu puncak yang mempunyai cukup Volume untuk kita lakukan trade , selepas mendapat target harian sanggupkah trader berhenti untuk hari itu ? di sinilah disiplin diri perlu dipraktikkan
Perlu diingatkan Forex trading bukanlah “ Perkara Senang”  yang orang lain boleh buat anda pun boleh buat , ianya sangat complex dan banyak faktor yang mendorong pergerakan harga harian , kenyataannya lebih ramai Forex trader tewas dalam pasaran Forex…anda sebenarnya  tidak berapa pasti apakah posisi anda menguntungkan hanya sekadar melihat trend , analisa dan perhatian serious diperlukan dan menghindari negative forex psychology menghantui anda …cari sebanyak mungkin informasi currency yang anda trade dan trend semasa  dan “be at the right time and the right position”  ….
Fikirkan risiko yang anda perlu tanggung dahulu daripada keuntungan yang anda akan dapat…PROTECT FIRST PROFIT LATER  adalah perkara yang anda perlu praktifkan jika mahu bertahan lama dalam industri ini…

Monday, February 25, 2013


Pemahaman membaca CCY meter .... 



1. Memahami dengan jelas apa itu Quote CCY dan Base CCY
2. apabila Quote menguasai pasaran bermakna  quote currency USD dan JPY dalam  keadaan "strong"
apalagi jika berjumpa keadaan dimana JPY stronger than Dollar.... peluang untuk pasaran bergerak  lebih jauh terutamanya YEN pair termasuk USDJPY
3. melihat mengapa kemungkinan perkara ini berlaku  bukan sahaja dari sudah teknikal tetapi melangkaui sudut kefahaman fundamental  " Kehendak Central Bank ".... stimulus, QE withdrawal,weak data etc....
4. apabila kedudukan USD dan JPY berpisah ( kebiasaannya ini berlaku apabila ada data US  atau JPY dikeluarkan ) , ranging atau choppy market akan berlaku
Fokus hanya yang terkuat dan terlemah sahaja.... back to chart lookout for breakout opportunity, New hi atau new lo...
5. Market Timing---- between 3 to 11 pm adakala berlaku diluar waktu tersebut, biarkan esok masih ada
6. apabila base menguasai pasaran juga lihat pada kelemahan Dollar dan YEN terutamanya apabila Yen lebih lemah dari Dollar.... chances untuk market  Bull dan pergi lebih jauh terutama yen pair termasuk USDJPY
7. Conclussion  USDJPY adalah your setup pair dan melihat how far market akan bergerak











Monday, February 11, 2013

Faham Forex dulu atau Faham Teknik Forex dulu

Belajar faham Forex dulu atau belajar teknik forex dulu ?
Semestinya anda mengenali Forex itu terlebih dahulu, memahami karektor currency yang anda ingin trade , apa kelebihannya , apa kekurangannya  , berapa range average harian , di zone trading apa ianya sangat aktif... maka teknik apa pun yang anda ingin belajar setelah mengenali kesemuanya akan mudah bagi anda....dan apa juga teknik yang anda belajar kalau anda tidak faham konsep perjalanannya nasib anda sama seperti sebelum ini malah mungkin lebih buruk...

Join GtwoFX Learning Centre WhatsApp 0123205816 untuk maklumat tambahan


Sunday, February 10, 2013

Money Management (MM)

Forex, selain dikaitkan dengan trending market , Money Management  (MM) juga memainkan peranan Utama dalam menentukan kejayaan seorang  trader , apa jua laverage yang anda guna  MM yang terkawal memberikan keuntungan jangka panjang.
Dalam dagangan Forex MM merupakan Rule NO.1 , tetapi mengikuti  Rule No. 1  inilah yang sukar diikuti trader .Kerana melangar Rule No1 membuatkan anda akan melangar rule2 yang berikutnya.

Contoh 1.
 A mempunyai equity USD1000 , tidak kira apa jua laverage yang A gunakan jika A mengambil Risk 10% dari equity atau bersamaan USD100,bukan pengunaan Equity USD100 yang diambil kira tetapi Balance Equity  tidak melebihi 90% dari Modal asal . ketepikan soal profit dahulu kerana di sini " Protect first Profit Later " harus diamalkan kerana anda seharusnya memikirkan risiko lebih besar dari profit yang anda akan dapat barulah anda akan bertindak sewajarnya dalam dagangan Forex ini.
Jika anda mengambil kira Penggunaan Equity USD100 anda sebenarnya telah melanggar RULE No.1

Kerana anda tidak mengambilkira risiko yang akan anda hadapi sekiranya market tidak menyebelahi anda  di sini pula anda perlu tahu berapa laverage yang anda gunakan kerana semakin besar laverage anda semakin besar risiko yang anda perlu tanggung KECUALI anda menggunakan Balance risk equity 10% dan melakukan sesuatu untuk membendung supaya risk anda tidak melebihi jumlah tersebut.

Andaikata market menyebelahi anda dan pips bergerak melebehi 20-30 pips dari posisi yang anda lakukan  masa ini anda perlu mengalihkan SL anda ke arah positive , sentiasa ubah SL anda sekiranya market terus menyebelahi anda mungkin melebihi 10% daripada target anda dan bukan TP yang anda pentingkan di sini dan lupakan mengenai MM kerana anda sebenarnya sudah berada di zone selamat...anda boleh menambah posisi baru dan mula mengira MM semula  dan seterusnya  melakukan perkara yang sama...PROTECT FIRST PROFIT LATER insyallah jalan kejayaan menunggu anda di hadapan... ** tidak digalakkan mengunakan trailing stop sekiranya anda menutup laptop anda

Saturday, February 9, 2013

Currency Strenght Meter

Bagaimana meraih Pips yang baik dengan melihat currency strenght, kekuatan currency diambil secara purata performance currency tersebut terhadap keseluruhan currency yang didagangkan di pasaran forex , jika kita lihat contohnya EUR dalam keadaan paling lemah dan melihat JPY adalah currency paling kuat  maka strategi trade kita adalah membuat entri sell eurusd.
Masa yang terbaik untuk menggunakan CSM adalah antara waktu London dan New York ....
Entri yang baik adalah menunggu Pull Back berlaku  pada Pair tersebut.
 Disebelah kiri adalah contoh entri yang dilakukan tetapi disini berlaku kesilapan entri pada asalnya berdasarkan new low yang dilakukan oleh EURJPY, Entry pertama dan kedua adalah 0.10 dan 0.10 Lot dan melihat Pair EURJPY beralih arah dengan bacaan berpihak kepada EUR entri ketiga dilakukan dengan gandaan 8   iaiatu 1 Lot supaya lebih cepat keluar dari pasaran secepat mungkin setelah meraih sedikit keutungan ....

Wednesday, February 6, 2013

News dan kepentingan kepada Forex Trader

Suka atau tidak suka semua trader kena menerima hakikat bahawa pergerakan Forex Market adalah berasaskan Fundamental Outlook ... Ekonomi yang baik akan memberikan kesan-kesan positif misalnya Data NFP yang baik  dan  Unemployment yang turun  memberi isyarat jelas untuk Short the Dollar sekurangnya 2-3 minggu selepas NFP kerana kebiasaanya Good NFP Number akan diikuti oleh positif data yang dikeluarkan selepasnya ..Kenapa data US yang baik menyebabkan Dollar weak ? kenali data yang dikeluarkan samada data tersebut yang mempunyai direct relation kepada "interest rate" seperti inflation data CPI,PMI,Monetery Policy Fiscal Policy sahaja yang akan memberi impact langsung kepada Dollar data-data yang mempunyai nilai ekonomi akan berpihak kepada Stock Market.Kenapa terjadi begitu,jika anda faham Forex anda tahu dimana kedudukan Dollar pada setiap pair.
News adalah sebahagian dari Fundamental  ada news yang membuat hanya sedikit gerakan kemudian kembali ketempat asal ada news yang tak membuat gerakan langsung dan ada juga news membuatkan price berhari-hari  malah berminggu sentiasa mengikut rentak news yang dikeluarkan ........will be back

U and The Forex Market


Beginilah diibaratkan Forex Market, terpulang kepada persepsi masing-masing. Jika anda sebagai forex trader yang tahu mengunakan peluang, anda ibarat jerung yang boleh memanafaatkan situasi. Tetapi jika anda terjun ke dunia Forex tanpa persiapan rapi. Awasilah , Jerung itu ibarat Broker yang sedang melahap newbie.....

Monday, February 4, 2013

3 jenis market forex peyelesaian dan pelaksanaan

Memahami 3 jenis  market dalam forex dan faham kepada karaktor ke 3 market tersebut  merupakah salah satu rasepi kepada kejayaan forex trader apakah 3 market tersebut kecuali ada penemuan terbaru ada bentuk market yang lain itu saya tak tahu...

Forex amat digemari oleh trader apabila membuat trending  satu dari nya adalah Uptrend  dan satu lagi adalah downtrend  kenali kedua-dua trend ini dengan melihat price action candle apabila price kerap membuat new hi ( uptrend )   atau kerap membuat new lo  ( down trend )




1. Sideway Market
Ada  yang mengemari market ranging atau sideway kerana disini trade mengunakan  overbought dan over sold cukup menjadi dan semasa inilah kita akan mendengar ada trader yang berkata , atas bawah aku sapu  maksudnya Buy pun dapat profit  sell pun dapat profit kebiasaan berlaku sideway atau ranging market atau choppy market ini berlaku kemungkinan ada speeches dari mereka yang ada wibawa dalam forex market, data yang conflict dikeluarkan  atau ada sebab2 lain menyebabkan trader tidak dapat keputusan dengan tepat masuk dan keluar market secara  "touch and go" atau" hit and run"  market seperti undicided tetapi ada movement yang sederhana kuat  berhati- hati dengan bentuk market sebegini kerana anda mungkin terperangkap....asia market selalu membentuk market seperti ini.

2. UPTREND
Apabila sideway atau  choppy telah kehilangan strenght  dan secara tiba2 berlaku satu pergerakan besar yang merubah rentak pergerakan candle atau membuat satu "new high"  kemungkinan price berubah dari sideway kepada "uptrend" jika market ini berlanjutan atas sebab-sebab data atau news yang Positif  kebarangkalian pergerakan pips 100-150 pips untuk naik keatas ( bergantung pada pair yang anda gunakan dan bentuk risk pada waktu tersebut )   semasa ini  "overbought" bukan lagi teman kepada trader  semasa ini lah berlaku  "u sell high other trader buy higher"  kerana ada trader yang terperangkap pada kata2 hikmat " overbought" SELL kerana dikhuatiri trader terutama trader yang kurang berpengalaman akan memasuki pasaran tanpa mengunakan money management yang betul berakhir dengan MC .

3. Downtrend pergerakan sama seperti uptrend tapi sekali ini market bergerak laju ke bawah dan kali ini oversold all the way mencari support,  berlaku pula " u buy low other people sell lower"
Kesimpulan nya  kenalilah bentuk market semasa trade , selalu perhatikan market timing dan trade berhati2 serta mengamalkan money managment yang baik , protect first profit later sentiasa menjadi pegangan anda insyallah anda akan menjadi trader yang berjaya

Saturday, February 2, 2013

Laverage, kecil menjadi kawan besar jadi lawan

Berapa kerap anda MC ? 2,3 atau bila depo je MC , itulah trader, tak pernah serik dan tak pernah ingat dekat situ ada "jerat". Broker memasang perangkap Laverage ,welcome bonus tahukah anda semain besar laverage yang anda guna semakin cepat anda MC, USA forex regulator Commodity Futures Trading Commission (CFTC) membuat peraturan hanya laverage 1/100 sahaja dibenarkan digunakan oleh semua broker yang berdaftar di US malahan ada cadangan untuk menurunkan laverage 1/25 kenapa laverage yang rendah mengurangkan kadar MC ?  . Laverage yang tinggi mengaburi mata anda tentang penggunaan money management yang baik kerana sering ditipu oleh penggunaan margin yang sedikit  kerana sebahagian besar modal anda dibiayai oleh broker , ketahuilah jika anda membuat transaksi  1 minilot  ( usd1 per pip) anda sebenarnya membuat transaksi kontrak sebesar usd10,000. 

contoh transaksi 1 Minilot  USD10,000

Laverage  1:1        =  USD 13,000   ( mengambil average pada harga semasa )
Laverage  1:100    =  USD  130.00
Laverage  1:1000  =  USD    13.00


Contoh trader  A :  dengan Modal USD100  penggunaan laverage  1/100
jika penggunaan equity menjadi ukuran penggunaan MM  trader A hanya mampu menggunakan 
lot size 1 ( 1 Pips 1 Dollar)  pada setiap entry  dan sekiranya tanpa stop loss dan market tidak menyebelahi trader A dalam perkiraan +- 100 Pips atau kurang  akaun ini akan MC,  itu sekiranya mengikut strict MM rule tapi realitinya trader hanya melihat pada penggunaan equity yang rendah membolehkan ia memasuki trade lebih besar..


Contoh Trader B: dengan Modal USD100  penggunaan laverage  1/1000

Trader B melihat penggunaan equity yang kecil membolehkan beliau untuk membuat entry yang lebih besar  sekirannya perasaan tamak menguasai trade beliau mungkin trader B akan memasuki pasaran dengan 5 mini lot kerana baru menggunakan 50% equity...betul jika price menyebelahi beliau  setiap pergerakan 1 pips trader B untung USD5 tetapi jika keuntungan besar difikir melebihi risk yang perlu ditanggung market hanya memerlukan kurang dari 20 pips untuk mengambil nyawa akaun trader B

Contoh Trader C :  Trade dengan laverage 1:1

Trader  C kena mengeluarkan  sekurang-kurangnya USD13000  untuk mengambil 1 Mini lot  dan sebanyak 13000 pips reversal menentang pergerakan trade C untuk akaun ini MC.....

Memahami kehendak Central Bank


Central Bank memantau  data2 penting seperti NFP,CPI,GDP ,PMI  untuk melihat samada ekonomi berkembang atau menguncup.
Monetary Policy dan Fiscal Policy merupakan antara Tools yang digunakan oleh central mengawal Ekonomi. Bila dan bagaimana ianya digunakan.
Apabila Central Bank mengambil keputusan untuk melakukan Monetary policy seperti contohnya menaikan kadar interest antara keperluannya adalah mengawal kadar inflasi ,Inflasi berlaku apabila demand kepada produk lebih tinggi daripada supply  pengguna membayar lebih kepada produk yang biasanya lebih murah selain cara ini adalah langkah2 mengurangkan money supply dalam pasaran dengan meggalakkan rakyat berjimat cermat dan membuat simpanan di Bank dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu agar product price terkawal. Bila ini berlaku off course dalam dalam keadaan ekonomi yang baik . Apakah inflasi ini baik untuk pengguna ?  Produk menjadi mahal jangka pendek  ianya  baik untuk business people  tapi dalam jangka panjang akan membentuk ekonomic bubble kepada sesebuah negara kerana itu mana-mana kerajaan didunia ini mengharapkan inflation rate below 2%-3%  ...Kesan kepada matawang terlibat kenaikan nilai interest akan menguatkan matawang.

Fiscal Policy digunakan kerajaan dalam  menaik atau mengurangkan cukai atau perbelanjaan
kerajaan , secara kasarnya  kedua-dua polisi ini  untuk mengawal keadaan ekonomi dengan mengawal money supply dalam market .

Interest rendah -ramai orang meminjam bagi tujuan perniagaan -lebih banyak money supply dalam pasaran lebih baik untuk membangunkan ekonomi...matawang lebih weak
Interest tinggi -Kurang money supply dalam pasaran - masyarakat lebih gemar menyimpan wang di Bank -matawang lebih kuat


Friday, February 1, 2013

NFP oh NFP

Non Farm Payroll atau NFP semua trader tunggu data ini pada setiap Jumaat pertama setiap bulan kata oradng best trade masa NFP, saya tak tahu sebab saya tak pernah trade semasa NFP.
tetapi saya akan trade monday next week dengan melihat data NFP,  good number saya akan Long Euro for atleast 3 week,weak number saya akan short Euro ...
Apa itu NFP , Ianya adalah data mengenai pekerjaan baru yang diujudkan tidak termasuk mereka yang disektor perladangan  data NFP dikeluarkan serentak dengan data UNEMPLOYMENT CHANGE ,kedua data ini tidak boleh bercangah

Good Number bermakna lebih ramai rakyat amerika mendapat pekerjaan yang baru dari forcast yang dibuat dan Unemployment rate turun atau sekurang2nya kekal..
Weak Number bermakna berkurangnya peluang pekerjaan dari forcast yang dibuat dan employment rate kekal atau naik .

Kenapa penting sangat NFP US ini kepada traders ...USA mempunyai ekonomi yang besar dan mempunyai GDP sekitar 15 Trillion USD , Kemakmuran ekonomi USA memberikan gambaran sihat kepada seluruh ekonomi dunia, keadaan ekonomi USA yang lemah akan juga memberi impak kepada negara lain, berebut2 pedagang dari seluruh dunia untuk membuat urusan dagang dengan USA yang mempunyai market yang luas dan kuasa beli yang tinggi,
Data pekerjaan NFP merupakan data No 1 yang diperhatikan bukan sahaj oleh trader malah data ini juga di monitor berterusan oleh Central Bank jika data NFP ini positive maka kebiasaanya akan diikuti oleh data2 positive yang lain contoh  Retail sale, increase in new home sale dan rantaian data yang lain.
Kesan dari positif number ini meyakinkan pelabur di wall street untuk terus melabur dan index DJ, S P500 ,Nasdaq akan melonjak dan kesannya kepada earning report yang baik.
Apa terjadi kepada Dollar ? sedia maklum Dollar berkedudukan songsang dengan SP500 dan trader tahu apa nak buat hingga next NFP

Di bawah ini adalah NFP data dalam masa 6 Bulan, lihat actual data yang positive 6 bulan berturut2  bermula aug 3 2012 dan bandingkan dengan chart di atas 

03-08-2012                 actual 141k                    forcast 100k                prev 45k
07-09-2012                 actual 142k                    forcast 125k                prev 141k
05-10-2012                 actual 148k                    forcast 113k                prev 142k
02-11-2012                 actual 138k                    forcast 125k                prev 148k
07-12-2012                 actual 161k                    forcast 93k                  prev 138k
04-01-2013                 actual 155k                    forcast 150k                prev 161k

Lihat kesan jangka panjang, Positive NFP Number melonjakkan eurusd dan Wall Street, semoga dengan kefahaman anda kepada NFP memudahkan anda untuk membuat keputusan untuk Trade tanpa ada teka-teki

Di bawah ini pula adalah data NFP dalam masa 6 bulan sebelum data diatas  bermula dari bulan Feb 2012 hingga July 2012   data yang bercampur-campur

03-02-2012                 actual 275k                    forcast 150k                prev 203k
09-03-2012                 actual 240k                    forcast 210k                prev 275k
06-04-2012                 actual 154k                    forcast 203k                prev 240k
04-05-2012                 actual   77k                    forcast 170k                prev 154k
01-06-2012                 actual  87k                     forcast 150k                prev   77k
06-07-2012                 actual  45k                     forcast 90k                  prev   87k


dan lihat kesannya pada chart eurusd di sini dan tele kan dengan setiap data apakah data NFP ( lihat perbezaan pada actual dan forcast ) mempengaruhi pasaran dalam jangka panjang ?
inilah kelebihan fundamental teory memandang kehadapan  lebih awal dengan data NFP mencari Logic dan Mathematic dalam pasaran FOREX...



Disclaimer : ini adalah pandangan peribadi dan pemahaman saya mengenai NFP, pandangan ini tidak semestinya sesuai bagi sesetengah traders. 

Thursday, January 31, 2013

Spot Gold dan Fisical Gold

Gold...antara commodity yang diminati wanita katanya permintaan tinggi semasa perayaan depavali , jadi Buy gold bila raya Hindu...entah saya pun tak pernah check kebenaran tersebut tapi apa yang saya tahu emas adalah hedging yang dilakukan oleh pemegang-pemegang portfolio pelaburan...
Gold berkedudukan songsang dengan US Dollar kekuatan Dollar akan menekan harga pasaran emas turun , kepada  sesiapa nak trade emas rajin-rajin menjenguk US Dollar index.
Data-data yang  menyebabkan US Dollar bergerak  seperti  GDP,Interest rate, Quantative easing yang merangsang pergerakan Dollar dengan kuat akan memberi lonjakan atau penurunan harga pasaran Gold dengan drastik
Gold dalam masa-masa tertentu menjadi "safe haven" kepada pelabur-pelabur apabila berlaku ketidak tentuan dalam pasaran seperti apa yang berlaku semasa europe financial crisis dan semasa ini Gold berkedudukan sehala dengan US Dollar.. jadi terpulang kepada anda spot gold or fisical gold tapi kalau simpan fisical gold , cukup houl bayar zakat Bro.....

Kepentingan China kepada AUD

China  merupakan negara industri ke dua terbesar merupakan rakan dagang utama Australia, weaker number in GDP,Import, CPI atau bad data dari China akan memberi kesan kepada matawang dan juga ekonomi Australia , Greater Number dalam data eknomi China memberi kesan positif kepada Australia kenapa... China antara  pengimport terbesar commoditi Australia

Wednesday, January 30, 2013

Bollinger Band dan Volume Pasaran

Saya masih melihat Bollinger Band dan MA sebagai prasyarat untuk entry dan exit, memang serabut melihat line ini melingkar atas chart anda tapi itulah sentimen trader yang terbentuk atas chart anda, dari bb anda boleh lihat dengan jelas bentuk market, upward,downward atau sideway.... how to apply bb dengan tiga jenis market ini merupakan subjective dan terpulang kepada preference masing2  tetapi  cara terbaik mengambil trade apabila  dalam keadaan uptrend akan berlaku  tujahan candle merempuh upper band dengan momentum yang kuat +- pips dan dalam linkungan trading hour London-New york ini mengambarkan berapa besar wang yang telah mengalir masuk kedalam forex market ini  isyarat jelas untuk anda mengambil Posisi BUY bila berlaku correction atau retracement , semasa ini dinasihatkan trade sehala BUY  kerana kebiasaanya price dalam keadaan ini akan bergerak antara 50 to 100 pips depending pada alasan fundamental kepada pergerakan itu.kemungkinan berlaku lebih **200 pips bergantung pada news atau  clue yang ada pada masa itu ** news yang melibatkan interest rate , inflation dan intervention akan mengerakkan pips lebih jauh.
Adalah lebih bijak untuk menunggu diantara middle bollinger dan upper bolinger sebelum mengambil keputusan untuk membuat entry.

Note : price akan berada diantara middle band dan upper band semasa uptrend = BUY dip
         Price akan berada diantara middle band dan lower band semasa downtrend = SELL on the rise
         Price akan bermain diantara upper band dan lower band semasa sideway = No Trade but sometime           
         boleh collect few pips scalping.
         Lebih besar pergerakan pips lebih besar volume dan lebih banyak monef flow dalam forex market
Lihat  ada tiga bentuk market ...sideway-uptrend-downtrend dan lihat bagaimana pengunaan upper dan below band untuk mendapat sedikit profit dari forex market...

Trade with your eyes open

eur,gbp,aud,nzd, 2 major dan 2 minor dalam forex diklasifikasikan sebagai base currency, kesemua 4 base ini dipasangkan dengan 2 major currency dollar atau yen untuk didagangkan dalam pasaran forex dan kedua-dua currency ini diklasifikasikan sebagai quote sementara 2 lagi major currency lagi chf dan cad berperanan neutral, dalam keadaan dimana +positive market+ @ good news base currency akan bergerak ke atas [strong] sementara quote currency akan bergerak ke bawah [weak], tapi bagaimana pula kedua2 quote currecy dollar dan yen didagangkan, dollar menjadi base kepada yen @usdjpy kebiasaanya membuat gerakan awal kemana arah market...close your eyes bayangkan letakkan base currency ditangan anda + positive @good news dan kemudian letakkan yen dan dollar atau quote currency + negative @bad news@ fear in market dan dengan perlahan hayunkan tangan anda ke atas dan kebawah slow..slow... bayangkan pergerakan market yang anda faham melalui pergerakan ini dan open your eyes dan plan trade anda ...trade with your eyes open

Tuesday, January 29, 2013

Intermarket


Dalam pemahaman Intermarket hubungkait antara Forex,bond,komoditi dan Stock Market amat rapat sekali  dan ini boleh kita lihat sekiranya satu instrumen bergerak akan menarik instrumen lain mengikut atau melawan pergerakannya.

Contoh :

JIka S&P index , Dow Jone atau Nasdaq di USA ,  FTSE di UK  mengalami upside momentum yang kuat secara mudahnya trader melihat adalah masa terbaik untuk mengambil asset berisiko bagi memperolehi keuntungan segera , apa yang berlaku  m“Demand” kepada Stock Market  akan meningkat dan “Demand” untuk asset yang mempunyai “Yield” yang rendah  seperti  dollar akan menurun.

Contoh 2

Komoditi antara instrumen yang mempunyai kaitan dengan perkembangan industri permintaan tinggi kepada komoditi memberi gambaran ekonomi beransur pulih…
Kesan daripada permintaan tinggi itu tadi akan meningkatkan harga komoditi dan memberi rangsangan positif kepada Negara-negara pengeksport  seperti Australia,Canada UK dan impak secara lansung kepada matawang Negara terlibat.

Forex market 4th week Jan 2013

Apa yang mengerakkan Forex Market minggu ini.....

Beberapa news akan release pada Rabu Jan 30 2013 antra yang diberi perhatian oleh trader antaranya adalah German dan italy Bond Auction, juga terdapat seperti biasa  sebelum NFP  terdapat ADP Non-Farm employment Change yang diramalkan  164K berbanding 215K sebelumnya.

Khamis 31 Jan 3:15 pagi bagi sesiapa yang belum tidur lagi  FOMC statement diikuti Federal Funds Rate , kebiasaanya market akan bergerak  pada waktu ini  terutama pair yang melibatkan dollar.

Jumaat  1 Feb  ...yang sentiasa dinanti oleh trader , bukan untuk di trade pada malam itu tetapi melihat satu bulan akan datang bagaimana keadaan ekonomi . Dijangkakan kadar NFP naik 161k berbanding 155k , sekiranya  uptrend momentum kepada NFP ini seperti jangkaan  USDJPY akan menjadi pilihan trader

Mampukah Euro melangkah lebih jauh

Money flow kembali ke eurozone ? Menurut penganalisa  diangarkan 100b euro dilaburkan ke eurozone pada suku ke empat 2012 , ini menurut penganalisa keyakinan pelabur terhadap eurozone semakin baik meskipun sakibaki  kepayahan masih ada , untuk forex trader ini merupakan satu tanda positive untuk Long EUR walaubagaimanapun  trade berhati-hati sentiasa dipraktikan , Euro masih terdedah kepada " mulut longkang " any comment yang negative akan membawa kembali euro ke paras 1.300 

Kelas Forex




KELAS FOREX KHUSUS UNTUK MEREKA YANG BARU INGIN MENCEBURKAN DIRI

1 FEB  2015  Ahad   10 am to  5 pm
Bayaran PERCUMA  dengan buka akaun USD1000 melalui GTWOFX  dan peluang Livetrade berkumpulan
Atau  bayaran RM50  buka akaun  mimima USD300 melalui GTWOfx
ATAU  Bayaran RM300 tanpa perlu membuka akaun
Call 0123878134

PENGENALAN KEPADA FOREX.

Apakah itu FOREX?
Siapa itu BROKER
Matawang yang diniagakan.
Pengenalan kepada Platform Metatrader/MT4/MT5/ECN
Cara memasang  MT4 ke laptop anda.
Apakah itu Candlestick?
Pergerakan Matawang  dan price action.
Mengenali market cycle harian
TREND/Support/ Resistance dalam market.

MENGENALI DAN MEMAHAMI   INDICATOR YANG SERING DIGUNA.
Cara pengunaan Boillinger Bands.
Cara pengunaan MA .
Cara pengunaan TrendLine.
Cara pengunaan Fibonacci.



MONEY MANAGEMENT
Pengiraan  useable  Margin.
Pengendalian risiko.
Cara meletakkan  Stop loss dan TP.
Cara memohon Neteller card

PSYCHOLOGY TRADING.
Masalah yang sering dialami oleh newbie.
Bagaimana menjadi trader berjaya.

TRADE BERDASARKAN TRADING PLAN
Sentiasa memikirkan trading plan samada long term atau short term
“JIKA ANDA   GAGAL UNTUK MERANCANG

SESUNGGUHNYA  ANDA  MERANCANG  UNTUK  GAGAL”


Monday, January 28, 2013

Salam Perkenalan

Saya memulakan Blog ini dengan ucapan Bismillahirahmannirrahhim...
semoga Blog ini dapat memberi sedikit kebaikan kepada mereka yang membacanya...
Pernah mendengar INTERMARKET ANALYSIS ?
satu cabang dari Fundamental analysis , melihat keseluruhan pergerakan market Bond, Komoditi, Stock dan currency kerana pergerakan kesemua pasaran ini mempunyai kaitan antara satu sama lain .Kepada rakan-rakan dan sahabat Forex di mana jua anda berada, saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi bagaimana saya memandang pergerakan FOREX market dari pandangan Fundamental atau lebih tepat lagi dari sudut Intermarket Correlation.salah satu cabang dari sudut Fundamental . mencari Logic dan Mathematics dalam pergerakan market dan InsyaAllah pemahaman saya terhadap pergerakan market lebih jitu.

Pergerakan Forex Market juga tidak terkecuali dari dipengaruhi oleh pasaran saham,Bond dan komoditi . "Panic Selling" di wall street akan triger sell di currency market. melihat bagaimana pergerakan crude mempengaruhi pergerakan YEN dan bagaimana mengenal pasti Risk appetite dan risk aversion melalui pergerakan YEN dan Dollar .
Selama lebih 8 tahun saya meneliti pergerakan intermarket secara manual iaitu meneliti pergerakan CRUDE,Stock,Bond untuk memasuki pasaran Currency melalui chart,
Saya cuba sedaya upaya saya mengupas dan menganalisa market mengikut sudut pemahaman saya , dan saya yakin dan percaya ada dikalangan saudara yang lebih hebat pemahaman Forex dari saya ...sama-samalah kita berkongsi ruang siber ini untuk kebaikan semua trader.

Subjek intermarket ini amat berguna untuk trader yang mahu melangkah lebih jauh dalam FOREX kerana dapat memahami dan mencari sebab kenapa pergerakan setiap currency berlaku , Bila pergerakan besar berlaku, berapa angaran pergerakan sesuatu currency, bila akan berlaku market "consolidation" dan yang paling penting dalam dunia FOREX adalah mengenal pasti "RISKS" samada berlaku Risk appetite atau Risk Aversion dalam Market.


4 perkara penting yang mesti di fahami oleh trader



  1. Pemahaman Fundamental -- anda tak perlu menjadi ahli ekonomi untuk menguasainya cukup sekadar memahami basic concept FOREX Fundamental.
  2. Aspek Teknikal -- Pelajari teknikal dan kuasai dengan baik, tetapi not too teknikal sangat.
  3. Intermarket -- Kaitan antara 4 cabang Financial Market , BOND,STOCK,COMMODITY dan CURRENCY... memahami konsepnya dengan baik menjadikan anda trader yang sentiasa berada dalam keadaan tahu apa yang sedang berlaku .
  4. Psychology Trading -- Bab yang ramai yang kantoi , MM, Fear & Greed.
Adakah Intermarket Correlation ini 100% tepat dalam semua keadaan ?


Tidak sama sekali jika berlaku keadaan-keadaan ini.

Bank or Government Intervention
News yang membabitkan currency tertentu.


Dan setiasa ingat rule of FOREX

" Tiada yang pasti dalam FOREX"


Market is Older and Smarter than YOU..


Semoga Allah memberkati usaha murni kita bersama.

Currency Strenght Meter

Sejauh mana kepentingan CCY Strenght Meter kepada trader , CSM  merupakan new tools yang anda boleh download  samada  melalui ccurrency news trading Henri Liu jika anda menggunakan Laptop atau PC  atau melalui Googles Play jika anda mempunyai aplikasi android  tetapi  kedua meter ini menunjukkan perbezaan dari segi digit   Henri Liu memberikan bacaan  0 - 10 , manakala  android application memberikan anda bacaan 0-100...

Daftar Kelas



































Nama:




No.h/p anda




Email Address:




Tahap kefahaman forex anda

0-10%

11-30%

31-50%



Kelas yang ingin diikuti

BASIC 4JAM( Sabtu Minggu Akhir setiap bulan 2-6 Ptg) ( FREE)

GtwoFX Full Package advance (ONLINE) RM250

Full Package GtwoFX advance ( RM250)

2 Days Personal Coaching (RM550)








Put a website form like this on your site.